Mamin

Click here to edit subtitle

Dia ibarat hujan di tengah hari. Datangnya tidak terjangka. Namun air yang tersisa tetap memberi subur dan segar kepada semua...


 



P
emuda Yang Dipersiapkan Untuk Ummah



PENGENALAN
     
         Selepas kelahiran 3 orang anak perempuan iaitu Nadzifa, Nabila dan Aliya Kehadiran seorang anak lelaki sememangnya dinantikan oleh keluarga Tuan Azam iaitu mantan presiden ABIM & Puan Azlina berakhir apabila anak tunggal lelaki mereka telah selamat dilahirkan dan diberi nama Ahmad Ammar. Nama tersebut bermaksud "Yang Memakmurkan". Semasa Ammar masih bayi, Puan Azlina sering menyebut "Ammar banyak memikir masalah umat agaknya". Ini disebabkan oleh sejak lahir lagi dahi Ammar sentiasa berkerut seperti memikirkan sesuatu yang serius. Beliau digelar sahabat-sahabat sebagai syahid yang tertangguh.
 
BIODATA
      
          Diberi nama Amad Ammar bin Ahmad Azam. Dilahirkan pada 15 feb 1993 di Kuala Lumpur. Meninggal pada 2 nov 2013 di Istanbul, Turki. Ammar telah dibesarkan oleh keluarga yang penuh kasih sayang ,mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Beliau amat aktif dalam permainan sepak takraw. Namun begitu, beliau juga gemar mendengar alunan ayat-ayat al-Quran sebagai halwa telinga. Ahmad ammar telah memulakan pelajaran awalnya di Taski Al-Hidayah semasa umur 5&6 tahun. Pada umur 7-12 tahun , Ammar belajar di Sekolah Kebangsan Seri Abim Al-Huda. Selepas itu, Ammar melanjutkan pelajarannya di Sekolah Agama Menengah Bestari atau lebih dikenali sebagai "SAMBEST" dari umur 13-15. Seterusnya beliau berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Selepas PMR, Ammar memohon untuk memasuki Maktab Tentera Diraja atau dikenali sebagai MTD(RMC) di Sg.Besi, bagi menerapkan sifat keneranian dalam dirinya. Ammar telah dianugerahi sebagai pelajar kedua cemerlang di dalam maktab tersebut kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 9A. Selepas tamat pengajian di maktab,Ammar telah di hantar ke Madrasah Hayrat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi selama 3 bulan bagi memulakan kelas persediaan bahasa turki dan disamping itu, juga sementara menunggu keputusan SPM. Ammar turut mengaji kitab risalah an-Nur disitu. Langkah seterusnya buat Ammar adalah ke Turki selepas SPM untuk mengali & mengkaji sejarah serta ketamadunan khususnya kegemilangan kerajaan Uthmaniyyah.Tuan Azam ingin sekali supaya Ammar mengkajinya. Semangat untuk mendalami & melihat kerajaan islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayah dan bondanya. Semasa umur 18 tahun, beliau melanjutkan pelajaran di Turki dengan mendapat biasiswa kerajaan Turki. Universiti pertama Ammar disana ialah Tomer,Universiti Ankara dan mula belajar pada bulan September untuk mempelajari bahasa Turki secara formal dan lebih fasih. Seterusnya,Ammar menyambung pelajaran di universiti MARMARA,Turki dalam jurusan kajian sejarah dengan sepenuhnya dalam bahasa Turki. Di sana Ammar tidak tinggal di dalam asrama universiti kerana mahu mempelajari risalah an-Nur di Markas Yayasan Hayrat dia Kucukcekmece walaupun di tawar tinggal di universiti secara percuma. Di markas Ammar berpeluang mendalami kitab nukilan ustaz Badiuzzaman Said Nursi iaitu risalah an-Nur serta menekuni penulisan jawi-Turki(Osmanlica). Ammar telah khatam risalah an-Nur dalam masa 8 bulan & telah diuji oleh hoca-hoca. Ammar didapati mempunyai had pemahaman yang tinggi. Ammar hampir menyalin risalah an- Nur dalam bahasa jawi -Turki(Osmanlica) walaupun beliau bukan berasal dari Turki. Pada usia semuda Ammar , beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu mengayat hati seolah-olah Ammar
tertinggal hatinya disana. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka. Ammar teguh dan tidak gentar ingin membantu Syria. Semasa di hospital tempat penginapan Ammar beliau telah bermimpi menemui bidadarinya.

SIFAT
    
         Ahmad Ammar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, sifat belas ihsan dan tiada sekelumit pun perasaan dendam. Ammar juga seorang yang tertib dan hormat dalam setiap butir bicara mahupun pelakuan serta memelihara perasaan orang lain. Ammar sememangnya tidak pernah membuat perkara yang tidak disukai oleh orang. Bergurau senda dan usik mengusik sesama adik beradik itu adalah perkara biasa bagi Ammar , namun tiada yang mengguris hati. Ammar tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah malah Ammar kerap beriadah, bergayut di belakang rumah dan sesekali meniup seruling "ney" kesayangannya. Ammar dipilih oleh TV Al-Hijrah untuk terjemah sarikata drama bersiri Turki berjudul Pride&Love.

KETIKA MENINGGAL
    
         Pada 2 November 2013 ketika jam 1.30 petang ,Ammar telah dilanggar ambulans semasa melintasi jalan di Istanbul,Turki sewaktu hendak pergi mengajar pelajar islam yang baru datang. Ketika itu, Pn.Azlina berada di Pulau Pinang semasa Ahmad Ammar kemalangan bagi meraikan kecemerlangan anak-anak masyarakat pelarian Rohingya di REC. Apabila sampai di istanbul Tuan Azam dan Pn Azlina terus ke hospital (Istanbul Asia) untuk menuntut jenazah Ammar. Ammar ditempatkan dipusat pengurusan jenazah Zeytinburnu(Istanbul Eropah). Jenazah Ammar kelihatan seperti anak-anak kecil yang sedang tidur lena. Tatkala Pn.Azlina menatap wajah Ammar selepas dimandi dan dikafankan jauh lebih tenang malah kelihatan lebih dewasa dari semalam. Yang paling menghairankan ialah apabila kelihatan butir-butir peluh memenuhi bahagian dahi dan dibawah bahagian kedua-dua mata Ammar. Dimaklumkan bahawa semasa Ammar dilanggar Ammar memakai 'earphone' sambil menikmati alunan seruling "ney". Manakala ada pula yang mengatakan bahawa Ammar sedang mendengar tentang sirah nabi. Ammar kemalangan kerana dilanggar ambulans tetapi tiada langsung kecederaan luaran mahupun tanda-tanda luka serta tiada kesan darah walaupun setitik di pakaiannya. Antara pakaian termasuklah kasut masih dalam keadaan bersih dan tiada sebarang tanda koyak mahupun carik. Cermin mata,telefon bimbit dan barang-barang lain di dalam beg sandang Swiss kesayangan Ammar, semuanya berada di dalam keadaan sempurna. Ribuan manusia memenuhi masjid Abu Eyyub Al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah s.a.w iaitu Abu Eyyub Al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. ammar merupakan orang Malaysia pertama di semadikan di tahan perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’ panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana

 SYAHID
    
         Allah S.W.T telah ganjari dengan sebaik-baik ganjaran , dianugerahi seorang anak yang disebut oleh hoca Said Nursi sebagai syahid atau dikenali "HUSNUL KHATIMAH"


Cerita Cinta Ahmad Ammar


 

          Dialah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, seorang pelajar jurusan sejarah di Turki. Dia ke sana untuk belajar sejarah, tetapi sekarang beliau pula yang menjadi sejarah yang dikaji

      

        Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius dikalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang “syahid yang tertangguh”. Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk Syria.


          

          Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Pada tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. “Kematian yang hidup” bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat anak muda selepas kematiannya.  



“Dunia tempat berpenat & berlelah, Akhirat (Syurga) tempat kita berehat” 


-Ahmad Ammar-     




Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki



       Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama

Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan

Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam




Kenangan Manis

Menurut laporan bedah siasat, Ahmad Ammar mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman yang mengakibatkan dua tulang rusuknya patah. Apa yang mengejutkan Nur Azlina ialah tiada kesan darah ditemui pada tubuh Ahmad Ammar.

Namun, kenangan bersama Ahmad Ammar, terus mekar di dalam hati Nur Azlina.

"Saya tidak pernah berasa kehilangan Ahmad Ammar kerana dia sentiasa bersama saya. Jika dahulu, dia berada jauh di negara orang tetapi kini dia seperti sentiasa berada di sisi saya, setiap masa," katanya.

Penghormatan tertinggi. Jenazah Ahmad Ammar disemadikan di tanah perkuburan sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub al-Ansari.

Kisah Ahmad Ammar tiba-tiba menjadi bualan di laman-laman sosial, sehinggakan pemergiannya diangkat setinggi pemimpin agung Islam dan ditempatkan bersama sahabat-sahabat nabi di Eyub Sultan, Turki. Di pinggir Konstantinople itu letaknya makam Saidina Abu Ayub al-Ansari iaitu sahabat rapat Rasulullah yang meninggal dunia ketika menyertai kempen perang jihad fisabillah tahun 674 Masihi.

"Anak saya seperti remaja-remaja lain, cuma beza Ahmad Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali, berapa kali saya meninggikan suara atau jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya.

"Baru saya tersedar, tidak pernah sekali saya melakukan semua itu kepadanya. Dia anak yang mudah dijaga dan tidak pernah merungut," cerita Nur Azlina yang aktif dalam badan kebajikan amal.

Ibu kepada lima anak itu menambah, Ahmad Ammar seorang yang pendiam dan hanya bercakap apaatau ahli keluarganya.

Sehinggakan kata Nur Azlina, guru sekolahnya pernah menelefon beliau semata-mata mahu memberitahu Ahmad Ammar tergelak di dalam kelas. Masa kecilnya, ujar Nur Azlina, dahi arwah sudah mempunyai garis-garis halus. Optimis wanita itu, anaknya mungkin sedang memikir

Satu perkara yang mengagumkan tentang ibu bapa Ahmad Ammar ialah tiada riak kesedihan pada wajah mereka. Sebaliknya, terpancar ketabahan dan keredaan.



==> Tuan Azam telah meminta beberapa perkara daripada sahabat Jamaah Hayrat iaitu:-

  1. Tidak perlu dibuat otopsi pada tubuh Ammar. Namun jika perlu dibuat juga, mohon dibuat secepat mungkin
  2. Tidak akan membawa jenazah pulang ke Malaysia. Mohon dikebumikan di bumi Turki. Tidak perlu tunggu ketibaan mereka dan mohon disegerakan pengkebumiannya 
  3. Mohon dikebumikan sama ada di perkuburan Al-Fatih ataupun di Eyub Sultan




- Siapakah Celal Akar???

  •  Berasal dari Hatay,Turki & graduan pengajian bahasa Turki ditugaskan di bumi Malaysia bersama Ahmad Muhsin bagi menyertai Sadik Ozata sebagai waqaf Hayrat di Malaysia. Matlamat mereka untuk membantu para pemuda yang bercita-cita berkhidmat untuk umat                                                                                                                     




  • Seorang penceramah terkenal Turki telah berkhutbah di sisi jenazah Ammar dengan mengatakan perkara yang telah berjaya menggamit perasaan cemburu kepada semua orang...



"ALANGKAH BAHAGIANYA AMMAR JIKA DAPAT BANGKIT BERSAMA ABU AYYUB AL-ANSARI, SAHABAT RASULULLAH S.A.W YANG MULIA, YANG MANA BAGINDA PERNAH TIDUR DI RUMAHNYA. ABU AYYUB MERANTAU DARI MADINAH KE ISTANBUL DAN AMMAR MERANTAU DARI MALAYSIA KE ISTANBUL DAN SYAHID DI SINI. AMMAR SYAHID PADA BULAN MUHARRAM IAITU BULAN NABI AYUB A.S. SEMBUH DARIPADA PENYAKITNYA, BULAN NABI YUSUF A.S. DIBEBASKAN DARI PENJARA, BULAN ALLAH S.W.T MEMBELAH LAUTAN UNTUK MENYELAMATKAN NABI MUSA A.S. APAKAH INI SATU KEBETULAN?? TIDAK, INI REZEKI BUATNYA. ADA YANG MERENCANA TAKDIRNYA!"

" DAN JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENYANGKA ORANG-ORANG YANG TERBUNUH (YANG GUGUR SYAHID) PADA JALAN ALLAH ITU MATI, (MEREKA TIDAK MATI) BAHKAN MEREKA ADALAH HIDUP (SECARA ISTIMEWA) DI SISI TUHAN MEREKA DENGAN MENDAPAT REZEKI.
[ALI 'IMRAN 3: 169]

VIDEO-VIDEO AHMAD AMMAR